Friday, January 30, 2009

PROFIL UMUM PENGURUS & JURULATIH

Encik Mohd Sufian Mohd Isa merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan E-Dagang (KEPUJIAN) daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau merupakan pengurus kanan pemasaran merangkap jurulatih syarikat Ikhwan Training & Resources.

Beliau berpengalaman dalam kejurulatihan Kadet Bersatu Malaysia sehingga ke peringkat kebangsaan. Encik Sufian Isa pernah menerima Anugerah Kepimpinan Terpuji semasa menyandang jawatan Pegawai Waran 2 dalam Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan pelbagai aktiviti outdoor, perkhemahan, kawat kaki, latihan kecergasan, senaman tentera, rempuh halangan, seni tempur tanpa senjata (TTS), "mind freedom" dan lain-lain. Semasa di sekolah, beliau seorang yang sangat aktif dengan aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform sehingga pernah menerima Anugerah Khas Kecemerlangan kategori kokurikulum dan pernah memegang jawatan timbalan ketua pengawas, ketua pembaca doa, vokalis utama pasukan nasyid, ketua pasukan marhaban barzanji, Yang Dipertua (ketua) Majlis Perwakilan Pelajar Asrama serta pernah menyumbangkan sebuah lagu asrama ciptaannya sendiri dan lagu tersebut masih digunakan sehingga sekarang.

Encik Sufian juga merupakan mahasiswa yang aktif semasa menyambung pengajiannya di universiti. Semasa di Universiti, beliau pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah. Ketika itu, beliau banyak melibatkan diri dengan program-program pelajar sama ada di dalam mahupun di luar kampus seperti program Rakan Muda Wawasan Desa IPT sebagai ketua fasilitator dan lain-lain serta terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti latihan dan perunding motivasi bersama sebuah syarikat swasta. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, guru sementara di beberapa buah sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi dan Cheras serta Pensyarah Muda di Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College) yang merupakan anak syarikat kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Kini, beliau dalam perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang kaunseling.

Sebarang urusan berkaitan perkhidmatan i-Care. Sila email ke sufian_isa@yahoo.com atau terus hubungi beliau di talian 013-4016647. Harga perkhidmatan boleh dirundingkan.



Monday, January 26, 2009

JURULATIH KEROHANIAN

TUAN HJ. HARMAN SHAH RANIRI KAMARUZZAMAN
Dilahirkan pada 04 Mac 1958 di Parit, Perak. Anak pertama daripada 3 orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal SM Alam Shah Cheras Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang ( MPPPP ). Pada tahun 1996, beliau telah menyambung pelajar beliau di peringkat bacelor di mana, akhirnya beliau telah dianugerahkan Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ) dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dan dalam masa yang sama beliau turut dikurniakan diploma Pengajian Islam oleh Kolej Darul Hikmah setelah mengikuti kursus tersebut selama 3 tahun.
Dengan pengalaman selama 25 tahun dalam bidang pendidikan dan lebih kurang 10 tahun dalam bidang motivasi beliau sering dipanggil untuk berkongsi pengalaman dan idea oleh pelbagai institusi pendidikan dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
Beliau amat berkemahiran dalam mengendalikan slot kerohanian, kuliah subuh, kuliah maghrib dan pimpinan qiamulail. Beliau juga merupakan salah seorang Jurulatih Utama (JU) Kaunseling dan disiplin peringkat kebangsaan dan negeri Selangor.
Pada tahun 2000, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga merupakan seorang bapa yang berjaya mendidik anak dalam bidang akademik apabila majoriti anaknya mencapai keputusan ’ A’ dalam semua subjek yang di ambil, ketika peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

PENGARAH




Cr. ROSLI SUYOT KB,PA merupakan perunding motivasi yang berpengalaman luas. Beliau merupakan kaunselor berdaftar dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan merupakan ahli Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Dilahirkan di negeri Johor DT dan kemudiannya berhijrah ke negeri Selangor DE.

Penglibatan beliau dalam bidang latihan, motivasi dan perundingan bermula dari peringkat beliau sebagai mahasiswa. Selepas tamat SPM di SMK Sultan Alauddin Bukit Besar, Kulai, beliau ditawarkan ke peringkat diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan UPM. Kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang perundingan, beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang kaunseling dan dikurniakan Ijazah Bac. Pend (Bimbingan & Kaunseling) UPM.

Semasa di UPM beliau telah bergiat aktif di dalam persatuan mahasiswa dan menjawat jawatan Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Pendeta Za’aba UPM. Dalam tempoh itu beliau sering mengendalikan kursus dan latihan di peringkat mahasiswa dan kerap diundang sebagai fasilitator dan penceramah oleh persatuan-persatuan pelajar IPTA.

Semasa berkhidmat sebagai guru kaunseling, beliau telah mengendalikan pelbagai bentuk kursus dan latihan di kalangan pelajar sekolah samada di peringkat daerah, negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Beliau merupakan Jurulatih Utama (JU) Modul Permata Kasih LPPKN, Jurulatih Utama Skim Lencana Anti Dadah, Jurulatih Utama Gerakan Ehsan Selangor (GES) di samping pernah mengendalikan program PRS dan program Pemantapan Semangat Patriotik Negeri Selangor, Kursus Kepimpinan Pengawas dan PROGRES peringkat kebangsaan.

Beliau juga merupakan ahli panel penggubal modul program Hidup Indah Tanpa Dadah (HINDAR) HUKM. Beliau turut kerap diundang untuk memberikan ceramah di kalangan kakitangan pendidik.

Kini beliau sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Eksekutif (Pengajian Usuluddin) Universiti Malaya.

BICARA EKSEKUTIF

1.0 Ringkasan Eksekutif


Usaha pihak kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang membangun dan bertamadun seiring dengan kemajuan fizikal yang dicapai, pelbagai pendekatan telah diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut. Kempen Bersih Cekap Amanah, Slogan Budi Bahasa Budaya Kita, KeluargaKu Semakin Hari Semakin Sayang, Cemerlang Gemilang Terbilang dan pelabagai kempen lagi jelas menunjukkan usaha kerajaan bagi mencapai hasrat melahirkan masyarakat yang seimbang.
Adalah tidak memadai jika hanya pihak tertentu sahaja diletakkan tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat tersebut bahkan ia sebenarnya memerlukan sokongan dan dorongan pihak lain bermula dari institusi kerajaan, swasta sehinggalah institusi keluarga.
Di atas dasar ini maka IKHWAN TRAINING & RESOURCES (iCare) ditubuhkan bagi membantu merealisasikan usaha dan hasrat kerajaan tersebut.

IKHWAN TRAINING & RESOURCES (iCare) digerakkan oleh beberapa orang tokoh yang berpengalaman bertahun-tahun di dalam bidang perniagaan, ketenteraan, pendidikan dan latihan. Tokoh –tokoh tersebut telah menimba pengalaman dalam menjalankan program-program latihan dan kursus samada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Selain itu iCare turut di dukungi oleh fasilitator yang terdiri daripada profesional dari pelbagai bidang seperti kaunselor, pegawai tentera, jurutera, doktor, ustaz/ah, guru dan mahasiswa IPTA/S. Keunikan dari penggabungan pelbagai profesion ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang inginkan keberkesanan terhadap kemudahan, perkhidmatan dan program yang dijalankan.
Oleh itu iCare menawarkan perkhidmatan penginapan dan katering, perundingan dan latihan kepada seluruh institusi kerajaan dan swasta bagi mencapai hasrat yang digariskan.

MAKLUMAT KORPORAT

3.0 MAKLUMAT KORPORAT

3.1 Wawasan

Menjadi Pemangkin Perubahan dan Kesedaran di Kalangan Masyarakat Terhadap Pendidikan Yang Berterusan, Seterusnya Dapat Menjana Kebahagian Keluarga, Masyarakat Dalam Membentuk Negara Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

3.2 Motto

Persaudaraan Teras Perkhidmatan

3.3 Nilai Utama

Nilai-nilai utama yang menjadi teras Pembangunan, Perubahan dan Kesedaran serta budaya korporat iCare ialah:
ü Bermuafakat
ü Berkerjasama
ü Jujur
ü Profesional
ü Inovatif
ü Amanah
ü Mengutamakan Pelanggan

3.4 Falsafah Korporat

Falsafah korporat iCare adalah bertunjangkan kepada Firman ALLAH yang bermaksud :


" ... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama ( dari kalangan kamu ) - beberapa darjat. Dan ( ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan." ( Surah al-Mujahadah: 11 )

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, keterampilan peribadi dan juga ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Seterusnya proses ini dapat melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang dituntut dalam Falsafat Pendidikan Negara kita. Justeru, dapat menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa yang berteraskan sains dan teknologi di samping kekuatan keimanan yang tinggi.

3.5 Objektif Korporat

3.5.1 Memperkukuhkan sistem pendidikan, kekeluargaan dan sosial masa kini agar lebih mantap dari segi kaedah penyampaian maklumat dan ilmu agar benar-benar berkesan dalam usaha melahirkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

3.5.2 Mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam usaha melahirkan ummah yang cemerlang seterusnya menjamin survival ummah melalui ceramah dan seminar dalam bidang pendidikan dan kekeluargaan.

3.5.3 Menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang lengkap dan bersepadu lagi berkualiti berkaitrapat dengan pendidikan, kerjaya, pencegahan dadah, kepimpinan, kekeluargaan, keibubapaan, bina insan dan kenegaraan melalui pakej-pakej yang telah dirancang dan digubal.

3.5.4 Mewujudkan rangkaian di antara syarikat - masyarakat untuk menyampaikan segala maklumat, nasihat, bimbingan dan kaunseling agar masyarakat dapat perkhidmatan yang terbaik, cekap dan menyeluruh serta bersatu.

3.5.4 Mewujudkan golongan usahawan muslim yang profesional dan berilmu serta mampu memberikan perkhidmatan berteraskan kehendak Syarak seterusnya dan menginfak harta dan tenaga ke jalan Allah bagi melahirkan ummah yang terbilang.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

5.0 PERKHIDMATAN KAMI

iCare telah mengambil usaha bagi memberi sumbangan terhadap kemajuan negara melalui pembangunan modal insan . Dengan berfokuskan, bidang pendidikan, perkembangan potensi diri, latihan dan praktikal serta pengedaran bahan bermaklumat, pihak syarikat optimis dapat memberikan perkhidmatan terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan. Di antara perkhidmatan , fasilitis, kursus dan latihan yang ditawarkan merangkumi :


KEMUDAHAN PAKEJ EMAS
Melalui pakej ini, pelanggan disediakan dengan fasiliti challet eksklusif, resort bunglow, dewan tertutup dan coffe house.


KEMUDAHAN PAKEJ PERAK
Melalui pakej ini pelanggan disediakan dengan challet intermediate, selesa dormetri, dewan terbuka dan dewan makan.


KEMUDAHAN PAKEJ GANGSA
Melalui pakej ini pelanggan disediakan dengan challet intermediate, iglutant dan dewan terbuka serbaguna.

KURSUS DAN SEMINAR

SEMINAR / KURSUS KEPIMPINAN & ORGANISASI

Fokus kepada melerai sempadan diri, team building, pembinaan matlamat, penyatuan fikiran dan tindakan, mengenali dan memperkembang potensi diri, meningkatkan keyakinan dan motivasi diri.

SEMINAR / KURSUS GERBANG KERJAYA

Bertujuan menyediakan diri peserta terhadap realiti dunia pekerjaan dengan mengenali dan memahami personaliti diri melalui ujian psikologi, memahami persekitaran pekerjaan serta berkongsi pengalaman dengan tokoh kerjaya (mereka yang telah berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing). Peserta turut dilatih dengan kemahiran asas komunikasi dan berorganisasi. Juga menawarkan perkhidmatan mengurus pameran kerjaya dan pendidikan.

SEMINAR / KURSUS PRA-PERKAHWINAN

Ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat samada pelajar, pendidik, bakal pengantin. Kandungan kursus adalah mengikut sukatan Jabatan agama Islam

SEMINAR / KURSUS KEIBUBAPAAN

Peserta diketengahkan dengan kemahiran kecemerlang mendidik anak , pengetahuan psikologi kanak-kanak dan remaja, kemahiran asas komunikasi, serta pendedahan terhadap permasalahan remaja masa kini dan cadangan kaedah mengatasi.

SEMINAR / KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Bertujuan melahirkan kelompok pelajar yang berkeupayaan menjadi pembantu kaunselor di sekolah / IPT . Peserta diterapkan dengan kemahiran asas komunikasi, asas teori kaunseling, etika kaunseling dan menitikberatkan pembinaan semangat berpasukan (team –building).

SEMINAR / KURSUS PENGAWAS / EXCO

Sasaran kepada golongan pengawas sekolah, pemimpin pelajar & mahasiswa.
Peserta diketengahkan dengan situasi dan permasalahan yang sering dihadapi dan kaedah berhadapan dengannya. Peserta juga didedahkan dengan potensi yang ada pada dirinya diperkembangkan dan dijadikan sebagai watak seharian. Peserta turut di terapkan dengan kemahiran komunikasi, dan pengetahuan organisasi. Peserta juga diterapkan dengan kemahiran pengurusan masa.

SEMINAR / KURSUS BADAN BERUNIFORM

Bertujuan memberikan kemahiran badan beruniform dan memperkemaskan kemahiran sediaada. Peserta diketengahkan dengan cabaran dan rintangan (survival) hidup di dalam hutan / persekitaran semulajadi.

SEMINAR / KURSUS MOTIVASI & TEKNIK BELAJAR

Peserta dibina minda, perasaan dan rohaninya supaya sedar dan faham terhadap pentingnya budaya menuntut ilmu. Juga menerapkan kemahiran belajar secara bijak, kemahiran mengurus masa, diri dan subjek. Peserta turut diketengahkan dengan haluan selepas persekolahan.

SEMINAR / KURSUS AWAL KEREMAJAAN / KHEMAH IBADAH

Melalui modul ini, peserta diterapkan dengan pengetahuan asas perkembangan diri (proses kanak-kanak, remaja, dewasa). Peserta turut di ajar dan dibimbing bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan asas fardhu ain serta menanamkan rasa cinta terhadap ibadah.
SEMINAR / KURSUS REMAJA /PELAJAR BERISIKO

Fokus kepada remaja/ pelajar berisiko yang bertujuan memulihkan dan mencegah tingkah laku anti sosial dan menyalahi undang- undang dan agama. Peserta diterapkan dengan tingkahlaku yang positif, mengubah persepsi negatif sediada serta membina wawasan diri yang baru. Peserta turut diterapkan dengan amalan agama dan penyucian jiwa. Modul ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Penjara Malaysia dan PDRM.