Monday, January 26, 2009

BICARA EKSEKUTIF

1.0 Ringkasan Eksekutif


Usaha pihak kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang membangun dan bertamadun seiring dengan kemajuan fizikal yang dicapai, pelbagai pendekatan telah diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut. Kempen Bersih Cekap Amanah, Slogan Budi Bahasa Budaya Kita, KeluargaKu Semakin Hari Semakin Sayang, Cemerlang Gemilang Terbilang dan pelabagai kempen lagi jelas menunjukkan usaha kerajaan bagi mencapai hasrat melahirkan masyarakat yang seimbang.
Adalah tidak memadai jika hanya pihak tertentu sahaja diletakkan tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat tersebut bahkan ia sebenarnya memerlukan sokongan dan dorongan pihak lain bermula dari institusi kerajaan, swasta sehinggalah institusi keluarga.
Di atas dasar ini maka IKHWAN TRAINING & RESOURCES (iCare) ditubuhkan bagi membantu merealisasikan usaha dan hasrat kerajaan tersebut.

IKHWAN TRAINING & RESOURCES (iCare) digerakkan oleh beberapa orang tokoh yang berpengalaman bertahun-tahun di dalam bidang perniagaan, ketenteraan, pendidikan dan latihan. Tokoh –tokoh tersebut telah menimba pengalaman dalam menjalankan program-program latihan dan kursus samada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Selain itu iCare turut di dukungi oleh fasilitator yang terdiri daripada profesional dari pelbagai bidang seperti kaunselor, pegawai tentera, jurutera, doktor, ustaz/ah, guru dan mahasiswa IPTA/S. Keunikan dari penggabungan pelbagai profesion ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang inginkan keberkesanan terhadap kemudahan, perkhidmatan dan program yang dijalankan.
Oleh itu iCare menawarkan perkhidmatan penginapan dan katering, perundingan dan latihan kepada seluruh institusi kerajaan dan swasta bagi mencapai hasrat yang digariskan.

No comments:

Post a Comment