Monday, January 26, 2009

JURULATIH KEROHANIAN

TUAN HJ. HARMAN SHAH RANIRI KAMARUZZAMAN
Dilahirkan pada 04 Mac 1958 di Parit, Perak. Anak pertama daripada 3 orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal SM Alam Shah Cheras Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang ( MPPPP ). Pada tahun 1996, beliau telah menyambung pelajar beliau di peringkat bacelor di mana, akhirnya beliau telah dianugerahkan Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ) dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dan dalam masa yang sama beliau turut dikurniakan diploma Pengajian Islam oleh Kolej Darul Hikmah setelah mengikuti kursus tersebut selama 3 tahun.
Dengan pengalaman selama 25 tahun dalam bidang pendidikan dan lebih kurang 10 tahun dalam bidang motivasi beliau sering dipanggil untuk berkongsi pengalaman dan idea oleh pelbagai institusi pendidikan dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
Beliau amat berkemahiran dalam mengendalikan slot kerohanian, kuliah subuh, kuliah maghrib dan pimpinan qiamulail. Beliau juga merupakan salah seorang Jurulatih Utama (JU) Kaunseling dan disiplin peringkat kebangsaan dan negeri Selangor.
Pada tahun 2000, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga merupakan seorang bapa yang berjaya mendidik anak dalam bidang akademik apabila majoriti anaknya mencapai keputusan ’ A’ dalam semua subjek yang di ambil, ketika peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

No comments:

Post a Comment