Friday, January 30, 2009

PROFIL UMUM PENGURUS & JURULATIH

Encik Mohd Sufian Mohd Isa merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan E-Dagang (KEPUJIAN) daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau merupakan pengurus kanan pemasaran merangkap jurulatih syarikat Ikhwan Training & Resources.

Beliau berpengalaman dalam kejurulatihan Kadet Bersatu Malaysia sehingga ke peringkat kebangsaan. Encik Sufian Isa pernah menerima Anugerah Kepimpinan Terpuji semasa menyandang jawatan Pegawai Waran 2 dalam Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan pelbagai aktiviti outdoor, perkhemahan, kawat kaki, latihan kecergasan, senaman tentera, rempuh halangan, seni tempur tanpa senjata (TTS), "mind freedom" dan lain-lain. Semasa di sekolah, beliau seorang yang sangat aktif dengan aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform sehingga pernah menerima Anugerah Khas Kecemerlangan kategori kokurikulum dan pernah memegang jawatan timbalan ketua pengawas, ketua pembaca doa, vokalis utama pasukan nasyid, ketua pasukan marhaban barzanji, Yang Dipertua (ketua) Majlis Perwakilan Pelajar Asrama serta pernah menyumbangkan sebuah lagu asrama ciptaannya sendiri dan lagu tersebut masih digunakan sehingga sekarang.

Encik Sufian juga merupakan mahasiswa yang aktif semasa menyambung pengajiannya di universiti. Semasa di Universiti, beliau pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah. Ketika itu, beliau banyak melibatkan diri dengan program-program pelajar sama ada di dalam mahupun di luar kampus seperti program Rakan Muda Wawasan Desa IPT sebagai ketua fasilitator dan lain-lain serta terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti latihan dan perunding motivasi bersama sebuah syarikat swasta. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, guru sementara di beberapa buah sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi dan Cheras serta Pensyarah Muda di Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College) yang merupakan anak syarikat kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Kini, beliau dalam perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang kaunseling.

Sebarang urusan berkaitan perkhidmatan i-Care. Sila email ke sufian_isa@yahoo.com atau terus hubungi beliau di talian 013-4016647. Harga perkhidmatan boleh dirundingkan.



No comments:

Post a Comment