Monday, January 26, 2009

PENGARAH




Cr. ROSLI SUYOT KB,PA merupakan perunding motivasi yang berpengalaman luas. Beliau merupakan kaunselor berdaftar dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan merupakan ahli Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Dilahirkan di negeri Johor DT dan kemudiannya berhijrah ke negeri Selangor DE.

Penglibatan beliau dalam bidang latihan, motivasi dan perundingan bermula dari peringkat beliau sebagai mahasiswa. Selepas tamat SPM di SMK Sultan Alauddin Bukit Besar, Kulai, beliau ditawarkan ke peringkat diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan UPM. Kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang perundingan, beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang kaunseling dan dikurniakan Ijazah Bac. Pend (Bimbingan & Kaunseling) UPM.

Semasa di UPM beliau telah bergiat aktif di dalam persatuan mahasiswa dan menjawat jawatan Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Pendeta Za’aba UPM. Dalam tempoh itu beliau sering mengendalikan kursus dan latihan di peringkat mahasiswa dan kerap diundang sebagai fasilitator dan penceramah oleh persatuan-persatuan pelajar IPTA.

Semasa berkhidmat sebagai guru kaunseling, beliau telah mengendalikan pelbagai bentuk kursus dan latihan di kalangan pelajar sekolah samada di peringkat daerah, negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Beliau merupakan Jurulatih Utama (JU) Modul Permata Kasih LPPKN, Jurulatih Utama Skim Lencana Anti Dadah, Jurulatih Utama Gerakan Ehsan Selangor (GES) di samping pernah mengendalikan program PRS dan program Pemantapan Semangat Patriotik Negeri Selangor, Kursus Kepimpinan Pengawas dan PROGRES peringkat kebangsaan.

Beliau juga merupakan ahli panel penggubal modul program Hidup Indah Tanpa Dadah (HINDAR) HUKM. Beliau turut kerap diundang untuk memberikan ceramah di kalangan kakitangan pendidik.

Kini beliau sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Eksekutif (Pengajian Usuluddin) Universiti Malaya.

1 comment: